Friday, July 18, 2014

Azan Zuhur

Sungguh aku tak larat dibenci atas sebab yang aku tak tau puncanya.

Dan aku tak mampu membenci.

Moga aku jauh dari sifat munafik.

Wednesday, July 2, 2014

Sunyi.

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim 

Allah.
Ramadhan ini, aku sunyi ya Allah.

Aku baca al Quran,
Tapi aku tak mampu faham isinya.
Sekadar baca terjemahan, ah semua boleh.

Aku dekat dengan masjid,
Tapi aku tak mampu hadir.
Mendengar bacaan imam yang setiap kalinya aku sayu, lembut hati.
Bersama saf, berganding bahu mengikut imam.

Aku dekat dengan keluarga,
Tapi aku tak mampu berbuka sama.
Solat bersama, tadarus bersama.

Aku, sujud padaMu, ya Allah.
Rapatkan hatiku denganMu
Jelaskan padaku erti sunyi ini ya Allah.

Aku sunyi dari mendekatiMu.


Sunday, June 29, 2014

Ramadhan.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Allahu
Alhamdulillah untuk Ramadhan kali ini.

Moga hamba lebih khusyuk
Mengejar barakahNya
Mengejar nikmatNya
Mengejar cinta yang ada dalam Ramadhan

Jika aku tak mampu habiskan,
Ambil aku dalam husnul khatimah
Ambil aku dalam keadaan hatiku penuh cinta dan rindu padaMu
Ambil dalam keadaan aku memaafkan dan dimaafkan

Ambil aku dalam air mata bahagia ya Allah

Aamiiin Allahumma aamiiin.

Sunday, June 22, 2014

pemulihan.

ya Allah, kami berlindung dari godaan syaitan yang direjam.
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

xo.


keluhan demi keluhan,
dari setiap sakit dan luka.
meratap sepertinya kita tiada iman.
astaghfirullah.

sudah sudahlah.
kata seseorang
"kuatkan hati pada Allah, dan buang semua pergantungan hati pada manusia"
ya, bukannya kita tidak beriman.

memang mudah berkata kata.
mudahnya seperti air jerangan sudah masak.
bingit saja dari cerek, bukannya ditutup sendiri.
nah, jangan lupa kita
nasihat itu perlu!

kembali lihat iman kita.
kita tak keseorangan!
Allah Maha Hebat setiap masa menjaga kita
malaikat yang taat setia disisi mencatit amalan dan dosa
al Quran menanti nanti bacaan kita
rasul bermatian berjuang untuk menyampaikan agama kepada kita
qada dan qadar Allah itu pasti, jadi usah takut
dan ini yang penting. akhirat! mahu jumpa Allah dalam redhaNya atau murkaNya?

ini.

Tuesday, March 25, 2014

6:37pm dan impian.

impian.
6:37pm.

Tengok depan, Apple tengah makan malam, tapau dari FJ (food junction). Sedap bau.
Aku lapar, tapi tengah tunggu mak ayah sampai rempit dari rumah semata mata nak hantar headphone.
Allahuakbar. Siapa yang sanggup macam ni.

Aku simpan impian untuk mereka.
Simpan sampai Allah izinkan aku mampu.
Simpan sambil usaha.
Walaupun usaha aku, bertatih.

Bukan keupayaan aku berlari dalam usaha, atau menjelma.
Tetiba berjaya.
Lumpy, loading, pending, dan lain lain dah sebati.

Aku simpan impian.
Untuk semua.
Hak Allah, Hak Nabi Allah, Hak mak ayah, Hak keluarga,
Hak ummah, ah tak terbilang.
Ya, hak aku sendiri juga.

Tapi manalah ada kemampuan aku.
Fahamkan subjek fire audit pun aku merangkak.
Subjek conservation pun dah dua tutorial markah rendah.

Allah, yang punya segala jenis kecerdikan
Pinjamkan hamba ini ilmuMu,
Biarpun sikit, hamba perlukannya, ya Allah.

Biar impian sampai.
Sampai Allah izinkan.

Sunday, March 23, 2014

Istikharah

Assalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh

Ahlan wasahlan kepada yang sudi singgah di sini. Blog yang jarang jarang diisi. Namun Nazira harap, yang secebis ni, mampu memberi manfaat kepada pembaca khususnya empunya blog. Aamiiin.

___________________________________________________________________________#..

Umurku semakin menghampiri suku abad.
Semakin berat tanggungjawab, semakin banyak dosa, namun boleh ku kira amalanku.
Pengalaman pahit yang lepas benar benar mengajar aku terus berwaspada.
Terus terusan mahalkan diri, agar dimuliakan sebagai seorang muslimah.

Allahu.
Bila diasak dengan soal jodoh, aku lemah, ya Allah.
Bagaimana mungkin aku mencari.
Bukan kemampuanku.
Tapi aku berusaha atas dasar fitrahku sebagai manusia -- inginkan ketenangan.

Allahu.
Aku mengimpikan keluarga yang mawaddah.
Aku lemah, maka aku mengimpikan seorang insan yang mampu membimbing.
Dunia hingga Akhirat.

Namun Allah,
Apalah dayaku, ya Allah?
Tak terbanding dengan wanita-wanita sirah yang aku kagum.
Ilmu mereka amat benar, ketabahan mereka amat kukuh, iman mereka amat tinggi.
Kurniakan aku sifat seperti mereka, ya Allah.

Aku serahkan perjalananku, hatiku, untukMu, Pemilik jasad dan roh.

Istikharah.